Friday, 22 February 2013

KALAU DAH JODOH :)


Siapa nama kau eh budak baru?” soal Haida kepada pelajar lelaki yang baru bertukar     sekolah itu. Sambil menggeleng kepala, Muazzin berlalu tanpa menjawab soalan Haida. Tercengang Haida diperlakukan sedemikian.
  “Ewah, aku tanya nama je pun, ada ke patut dia buat bodoh ! bengang betul lah aku” ngomel Haida seperti orang hilang akal sahaja gayanya. Haida merupakan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata.
   Keputusan Penilaian Menengah Rendah Haida hanya mampu melayakkan Haida untuk masuk ke kelas Reka Binaan sahaja. Namun Haida tidak kisah, kerana jurusan itulah yang diminatinya. Baginya tidak kisahlah samada seseorang itu duduk di kelas pandai atau bodoh, kerana dimana ada kemahuan, disitu ada kejayaan.
  “Hai budak baru”, tegur Haida sekali lagi kepada Muazzin, namun sapaan Haida tidak langsung dibalas, jangan kata mahu menjawab ‘hai’ Haida, malah pandang pun tak !.sabar ajelah Haida oii.
  “Haida ! Cikgu hensem panggil kau. Dia tunggu kau dekat pejabat penyelian asrama”, teriak Natrah, sahabat karib Haida. “hish, ape benda lah cikgu hensem ni nak?, aku nak rehat pun kacau lah !”, rungut Haida. Cikgu hensem gelaran untuk ketua warden asrama. Beliau merupakan seorang guru yang agak garang. Tetapi disebabkan hensem, seluruh budak asrama menggelarnya dengan panggilan ‘hensem’.
  “Assalamualaikum  Cikgu hen, eh, err Cikgu Fauzi” , Haida sempat cover line. Takut-takut kantoi nama panggilannya ke Cikgu Fauzi. Nanti kembang pulak orang tua ni karang. “Ni  surat asrama, kamu boleh masuk asrama lusa okey,” terang ketua warden itu kepada Haida. Haida hanya mengangguk tanda faham. 
   “Aih asrama, aku dah jemu sebenarnya dengan kau,” ngomel Haida perlahan. Takut didengar Cikgu Fauzi. “Okey Cikgu, terima kasih, saya gerak dulu ye,” Haida meminta izin keluar sambil kenyit mata sebelah dekat Cikgu Fauzi. Tercengang cikgu dengan gelagatnya, tapi apa nak diherankan. Satu sekolah faham benar dengan sikap ‘slumber’ si Haida ni.
  Pintu dikuak “Eh kejap Haida, tolong panggilkan saya Muazzin, pelajar yang baru masuk tadi, arah warden. Tak sempat Haida nak buka mulut, pintu pejabat dah pun ditutup. “Eii !, kenape aku? Kenape ?,” rungut Haida. Nak tak nak Haida terpaksa lah mencari pelajar baru itu dan mengarahkan dia ke pejabat asrama.
                   *                            *                          *                      *
  “Okey, pelajar-pelajar Reka Binaan, kita ada terima seorang lagi pelajar baru ye, mintak semua pelajar beri kerjasama dan perhatian,” lantang suara Cikgu Ayu, guru kelas Haida. Haida yang kusyuk menyiapkan nota sejarahnya terhenti apabila pelajar baru itu memperkenalkan dirinya sebagai Muazzin ! “ahh!, frustnye aku duduk dekat kelas ni oii !, jerit Haida”. “Kamu tak sihat ke Haida,?” tanya Cikgu Ayu. Haida menggeleng sambil tersenyum paksa.
    “Hai Natrah, jom lah naik dorm, aku ada makanan ni, lambat rugi.” pelawa Haida . “Alaa baby, nanti lah. I tengah sembang dengan skandal I ni,” Natrah muncungkan mulut kearah Muazzin. Tergumam Haida, tak perasan lah pulak dia yang Muazzin ada dekat situ. Haida dengan perangai nakalnya terus buat flying kiss dekat Natrah. 
  “Okey anje, sayang naik dorm dulu ye, I’ii wait for you.,muah !,” balas Haida. Tersembur tawa Muazzin tatkala Haida sudah lagi tidak kelihatan. “Comel jugak Haida tu ye,” berkata Muazzin sendiri, tapi didengari Natrah. “Ohoii, kau suke Haida ea?” usik Natrah.
   Setelah puas bersembang, Natrah naik ke dorm. Dilihatnya Haida sedang tidur. “Alahai, tunggu aku sampai tertidur, kesiannye,”. Lalu Natrah mengambil tempat di sebelah Haida. Akhirnya dua-dua tertidur.
   Pengumuman kepada Haida Najiha Binti Azman, ada orang ingin berjumpa dengan anda. Sila hadir ke pejabat asrama sekarang. Pengumuman sebentar tadi betul-betul membuatkan Haida hilang mood. Bukan apa, cuma dia terkejut. Almaklumlah, baru bangun tidur. Siapa juga yang suka diganggu bukan.
  “Ish, kenape lah kena jumpa dekat pejabat asrama pulak ni?, taka de tempat lain dah ke?” rungut Haida kerana pejabat itu letaknya betul-betul dekat tempat aspura melepak. Haida bukan suka nak tayang muka dekat pelajar aspura. Kalau boleh dia tak nak aspura tahu yang dia wujud di asrama.
  Dalam perjalanan Haida ke pejabat, banyak mata yang memerhatikan dia. Haida ni tak lah lawa pun.  Tapi comel tu memang terserlah. Lelaki mana yang tak suka perempuan comel. Dia buat lah mimik muka macam mana pun, memang comel !
   Sampai sahaja Haida ke pejabat, terus kepalanya ditolak abangnya, Hadi. “Ei angah ni!, suka hati je tolak kepala orang. Tendang karang baru tahu.” Kata Haida sambil menepis tangan abangnya. “Alaa, tu namanya tolak manja lah adik,” jawab si abang. Tersenyum sokmo Haida melihat ibu dan ayahnya  sedang duduk di kerusi sebelah pejabat. Terus Haida meluru ke arah mereka dan bersalaman.
   “Woi Muazzin, ayah aku suruh sampaikan salam dia kat ayah kau. Cakap kat ayah kau, Cikgu Azman takraw kirim salam,” Haida menyampaikan apa yang disuruh ayahnya. Rupa-rupanya Muazzin ni anak kawan ayahnya. Baru Haida tahu.  Makin benci, makin berkait rapat rupanya. Haih, apa nak dikata. Redha Haida .
     Belum sempat Muazzin nak jawab, Haida dah hilang. Tak nampak batang hidung langsung. “Budak  ni lipas ke ape?” geleng Muazzin.
                 
                      *                             *                           *                               *

   “Hahah !, dah ada boyfriend rupanya budak tu. Aku ingatkan tak ada tadi. Muka macam tak layan lelaki je aku tengok.” Gelak Muazzin mendengar cerita kawan-kawan Haida. Tapi dalam hati, betapa kecewanya dia mendapat tahu yang Haida sudah ada yang punya. Dalam diam sebenarnya Muazzin menyimpan perasaan pada Haida.
  Tidak sanggup lagi telinga Muazzin mendengar cerita mengenai Haida. Berbahang rasanya. Terus dia meminta izin untuk  pergi. Natrah seolah-olah dapat membaca hati Muazzin kerana dia dapat melihat wajah tegang Muazzin semasa dia bercerita perihal Haida tadi.
                            *                             *                        *                             *
    Haida pelik melihat perubahan sikap Muazzin. Muazzin sudah tidak mahu bercakap dengannya, pandang pun tidak. Bukannya Haida mengharapkan yang Muazzin akan bercakap dengan dia, tapi dia sudah terbiasa dengan usikkan Muazzin. 
   Mula-mula memanglah dia agak rimas, tapi lama-lama dia sendiri yang tertunggu-tunggu usikan daripada lelaki itu. Salah Muazzin juga, siapa suruh hari-hari usik Haida. Hati perempuan kan mudah terusik. Begitu juga Haida. Mungkinkah Haida sebenarnya menyimpan perasaan juga terhadap Muazzin?. Entahlah, dia juga keliru.
  “Muazzin !,Haida nak pindah sekolah !” Natrah separuh menjerit. “Hah?pindah? kenapa? bila? Dia okey ke?” soalan bertubi-tubi dari Muazzin. Dia agak terkejut. Yelah, hujan tak ada, rebut pun tak ada, tiba-tiba mahu pindah. “Woii, agak lah pun nak tanya soalan banyak cenggitu, bagi aku jawab satu-satu boleh? Baru tanya yang lain.” Terkejut Natrah diajukan soalan seakan-akan pistol dilepaskan peluru.
     Belum sempat Natrah memberi respon, kelibat Muazzin hilang terus dari pandangan matanya. “Eh, aku ni betul ke cakap dengan Muazzin tadi eh?” tanya Natrah kepada dirinya sendiri. Mana tak nya. Terkejut lah kawan tu. Tiba-tiba sahaja hilang.
   Tadi beria-ia sangat soal macam-macam. Muazzin, Muazzin. Geleng Natrah. Sebenarnya dia tipu Muazzin . Niatnya saja nak bergurau. Tak sangka ceritanya itu buat Muazzin tak senang duduk.  Akhirnya tersembur juga tawa Natrah yang ditahan sejak dari tadi lagi.
  ‘Haida, awak jangan lah pindah. Saya tak nak hilang awak. Please. Saya merayu sangat. Saya sukakan awak Haida !’.Ah, surat yang baru diterima itu benar-benar menyentak hatinya. Haida tersenyum sendiri. Muazzin suka aku?.
      Ish, macam tak percaya lah. ‘Eh, tapi kan, betul ke surat ni untuk aku ek? Kalau betul bila masa pulak aku nak pindah ni? Ish, hairan bin conpius nih.’ gumam Haida .
 “ Hahahahah, bodoh lah kau ni Nat !,yang kau tipu Muazzin ni apesal?, kan dia dah luah     perasaan kat aku ni. Malu lah. Adoii kau ni.” Serentak ketawa dua sahabat baik itu memecah kesunyian prep.
 
 “Oi oi, senyap sikit, orang lain nak buat kerja ni,” tegur Sarah. Haida ketua prep, tapi dia pulak yang buat bising. Ketua tak bertauliah langsung. “Haha, mintak ampun zahir dan batin ye semua. Aku terkejut dapat surat dari budak  jambu. Tu yang menjerit tu.” Laung Haida. Satu prep dengar.
   Sebenarnya Muazzin ni ramai peminat. Boleh dikatakan, dialah yang paling hensem yang pernah wujud dekat asrama. Mahu tak terkejut semua yang Haida dapat surat Muazzin. Masing-masing lari ke arah Haida. Seperti artis masuk asrama sahaja gelagat mereka. Terkekek Haida ketawa.
   Tingkatan empat memang terkenal dengan semangat setia kawan mereka. Ada 53 orang semuanya. Namun tidak ada seorang pun yang bermusuh dengan yang lain. Mereka sangat akrab. Jadi tak hairanlah masing-masing tahu rahsia masing-masing. Sehinggakan apabila ada masalah samada perjumpaan ataupun sportchek, mereka akan ‘backup’ sesama mereka.
                
                     *                   *                    *                    *
    Muazzin, aku tak dapat nak terima kau. Aku dah ada Syafiq lah. Tolong lah. Aku nak jadi    yang setia. Takkan lah disebabkan kitorang bukan satu sekolah aku boleh mainkan perasaan dia. Aku mohon kau tolong faham keadaan aku okey. Ape pun kite tetap kawan. Maksud aku sahabat. Aku sayangkan persahabatan kite ni, aku tak nak kite bermusuh.J
   Surat dari Haida membuatkan jantung Muazzin seolah-olah hendak luruh. Dia terlalu sayangkan Haida. Tak pernah menurutnya ada perempuan yang dia sayang seperti mana dia sayangkan Haida. Tapi dia sedar, dia harus berpijak realiti. Lantas dilipatnya surat itu lalu disimpan rapi di dalam dompet.
     Merah mata Haida menahan perasaannya apabila dia dituduh oleh Syafiq yang dia curang dengan Muazzin. Tak pernah terlintas niat Haida untuk curang. Haida cuba untuk bersabar. Namun dia tidak mampu kerana bukan itu sahaja yang dituduh oleh Syafiq. Macam-macam lagi. Memanglah mereka tidak pernah berjumpa. Sekadar kenal di dalam telefon. Tapi tak bermakna Syafiq boleh menuduhnya macam-macam tanpa usul periksa.
   Bukankah kepercayaan itu penting dalam setiap hubungan?. Akhirnya Haida mengambil keputusan untuk putus. Daripada dia terpaksa menahan sakit hati yang membuak-buak. Lebih baik dia lepaskan sahaja Syafiq. Syafiq puas hati, dia juga puas hati. Senang.
                         
                                 *                      *                    *                       *

    
      Sudah hampir tiga bulan Haida memegang title ‘solo’. Tiga bulan jugalah sabarnya Muazzin  menunggu Haida dalam diam. Namun Haida tidak memberitahu kepada sesiapa pun yang dia sudah lama putus dengan Syafiq. Natrah juga tidak diberitahunya. Haida mengarapkan Muazzin akan melayannya seperti dahulu. Dia teringin benar rapat dengan Muazzin kembali. Tapi dia takut Muazzin sudah jemu dengannya. Yelah, dia kan pernah menolak Muazzin.
   “Haida!, saya suka awak!, tolong terima saya seadanya. Saya janji saya akan buat awak bahagia sayang !” teriak Muazzin kepada Haida di trak. Satu stadium memandang Haida. Malu Haida diperlakukan seperti artis. Merah padam sahaja mukanya. “Adoii Muazzin ni, dah lah ayah pun ada dekat stadium ni, ape pulak ayah cakap nanti, hish, bikin malu aje lah mamat ni. Heheh, tapi jiwang jugak, oh sweetnyee,” sengeh Haida macam kerang busuk.
     Dalam masa setahun, terlalu banyak kenangan yang tercipta antara Haida dan Muazzin. Terlalu banyak dan sukar untuk dilupakan. Setiap penjuru sekolah, ada sahaja kisah antara mereka. Bukan sahaja itu, malah, Haida juga sudah terlalu rapat dengan keluarga Muazzin. Begitu juga Muazzin. Hubungan yang dibina, mereka mahu teruskan sampai diijabkabul. Bahkan sampai hujung nyawa. Mereka berjanji untuk setia. Jujur diantara satu sama lain. Muazzin selesa bersama Haida kerana Haida merupakan seorang yang sangat memahami dan bertolak ansur. Walaupun mereka baru sahaja kenal. Tapi lagak mereka seolah-olah sudah kenal sejak kecil lagi.

                                           *                 *               *                *

     Sudah  puas warden menegur Muazzin dan Haida. Bukan mereka tidak mahu dengar teguran untuk tidak rapat. Masalahnya mereka duduk sekelas. Memang tak sah la kalau tak berjumpa. Takkan lah cikgu tak faham kot. Hish. Masalah betul lah. Bukan mereka sahaja yang berpasangan dekat sekolah. Ramai lagi, tapi nama mereka je yang asyik naik, maklumlah. Kedua-duanya anak cikgu. Ramai yang kenal.
   Naik tingkatan lima pun nama mereka je yang asyik disebut. Agaknya lah kan, waktu perjumpaan je mesti Haida dengan Muazzin dah get ready nak naik pentas. Sebab kebiasaannya macam tu lah. Pelajar asrama yang lain pun dah biasa sangat dah. Sampaikan, kalau cikgu tak sebut nama mereka berdua semasa perjumpaan, agak ganjil lah tu.
   Haida sebenarnya tertekan. Cikgu selalu sangat tengking dia didepan semua orang. Ye,mungkin yang lain dah menganggap itu perkara biasa. Tapi tidak bagi Haida. Bukannya dia dengan Muazzin macam dulu lagi. Mereka mana rapat dah. Tapi cikgu tetap je nak bangkitkan isu yang dah lama. Yang paling Haida bengang. Kenapa nama dia aje yang selalu disebut? Tidak pernah pulak cikgu menyebut nama Muazzin.
    Malahan bukan warden sahaja, habis satu bilik guru mengata Haida. Pernah sekali dia lalu ditepi bilik guru. Dia terkejut apabila terdengar namanya disebut-sebut. Itu dia tidak ambil peduli sangat, yang paling Haida berapi apabila ada cikgu perempuan menggelarnya betina!.Dia tidak faham. Besar sangat ke salah dia sampai cikgu-cikgu menggelarnya betina? Layakkah seorang cikgu yang sepatutnya mendidik pelajar menggelar anak didiknya dengan nama sedemikian? Mana letakknya kemulian seorang guru?
  

   “Cikgu ni memang cari pasal dengan aku lah!”, bentak Haida. Natrah segera menyuruh Haida istighfar sebaik sahaja melihat Haida seperti orang yang tidak waras perilakunya. Tanpa sedar air mata Haida mengalir. “Sabar Haida, kau kuat. Lagipun semua orang dah faham sangat perangai cikgu tu. Sabar okey.” Natrah menenangkan Haida. Dia tahu sahabatnya itu tidak akan sesekali tunduk dengan masalah yang dihadapinya. Nampak sangatlah yang Haida sudah tidak dapat menahan perasaannya kali ini.
   “Aku nak keluar asrama la Nat,” Haida menyampaikan hasratnya untuk keluar asrama kepada Natrah. “Ko dah tak sayang aku ke? Nanti aku nak kawan dengan siapa? Siapa nak gelak-gelak dengan aku dah? Siapa nak habiskan stok makanan aku nanti?” balas Natrah sambil buat muka sedih mematikan hasrat Haida. “Bangang!” seraya meletus ketawa  mereka berdua.
   Bukan hanya masalah itu sahaja yang terpaksa dilalui Haida, malah Muazzin juga memberikan masalah kepadanya. Muazzin curang!. Benar-benar dia tidak sangka yang Muazzin akan curang. Patutlah perangai dia sudah berubah. Rupa-rupanya. Hmm. Haida tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertahan dan terus bertahan. Haida cuba untuk tersenyum. Dia tahu dia mampu.

                                        *                     *                    *                     *
   “Kakak ni Haida ye?” tanya seorang perempuan kepada Haida. “ha’ah,akak Haida, kamu siapa?mana tahu nama kakak?” soal Haida ingin tahu. “Oh, saya Soleha, awek abang Muazzin,” terang perempuan bertubuh agak tinggi itu. Tersentap Haida. Namun dia berlagak seperti tiada apa-apa. Haida tidak menjawab gadis itu. Dia hanya tersenyum membalas kata. “Hm, boleh tak saya nak bersembang sikit dengan akak?” pinta Soleha. Haida hanya mengangguk menahan amarah. “Kakak nak tahu tak? Sebenarnya abang kapel dengan akak sebab terpaksa je, dia sendiri bagi tahu saya. Dia cakap dia sayang sangat dekat saya. Dia tak happy pun dengan akak. Jadi saya harap akak boleh lepaskan dia okey. Jangan paksa dia lagi kak,”pinta Soleha. “Oh yeke?hm okey lah dik, akak ada hal sikit. Jaga abang Muazz baik-baik ye. Akak doakan korang dua happy. Amin.” Ucap Haida tersekat-sekat.
   “Awak , tadi Soleha ada jumpa saya. Dia cakap awak terpaksa je dengan saya. Awak tak happy. Awak tak pernah pun sayang saya. Kalau betul apa yang Soleha cakap tu, saya nak mintak maaf. Saya tak mampu nak happykan awak. Saya selalu buat awak bosan  , rimas. Terima kasih sudi terima saya walaupun terpaksa. Harap awak bahagia dengan Soleha ye. Assalamualaikum.” Muazzin menahan air mata saat membaca surat yang baru sahaja dia terima itu. Perasaan serba salah menebal. Lebih-lebih lagi apabila dia teringat cerita Natrah tentang Haida. Sudahlah dihina guru-guru, dia pula buat Haida kecewa. Haida pula baru kehilangan abangnya. Ya Allah, macam-macam dugaan yang Haida terima. Muazzin merasa berdosa.

                                                    *               *                 *               *

   “Natrah, aku nak jumpa Haida.” pinta Muazzin. “Haida taknak pun jumpa kau dah. Cukup lah dia terluka weh, kau jangan nak buat dia sedih lagi. Aku tak sanggup nak tengok air mata dia jatuh dah.” Balas Natrah.
   “Baiklah, hari ni giliran Haida untuk lisan. Haida, silakan.”jemput Cikgu Aza, guru bahasa kelas.
   “Assalamualaikum, saya Haida ingin membentangkan tentang punca-punca kemurungan. Sebenarnya masalah kemurungan ini berpunca daripada perasaan. Perasaan yang kacau-bilau akan menyebabkan masalah ini terjadi. Kepada pekerja-pekerja tidak kiralah sektor apa sekalipun, jika mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka mungkin sekali akan dimarahi majikan. Bagi pelajar-pelajar pula, mereka mungkin tertekan dengan kehadiran kerja sekolah yang diberi guru-guru. Mereka bukan hanya belajar dua atau tiga matapelajaran setiap hari, malahan mencecah sepuluh bilangan matapelajaran. Guru-guru pula terlalu menakan pelajar-pelajar. Tidak  pernah bersikap rasional. Pelajar akan mempelajari lebih kurang sepuluh matapelajaran sementara guru-guru hanya perlu mengajar  dua atau tiga jenis matapelajaran sahaja.” Puas hati Haida.
  “Kamu ni bagi penjelasan ke tunjuk perasaan ni?” soal Cikgu Aza sambil ketawa. “Hah, ada sesiapa nak tanya soalan?” Firdaus mengangkat tangan ingin mengajukan soalan. “Silakan wahai Firdaus ku sayang,” perkataan sayang saja ditekan Haida bagi Muazzin dengar. Balas dendam lah tu kononnya. “Okey, Doktor pernah alami masalah kemurungan sebab putus cinta tak?” soal Firdaus mengusik. “Oh, setakat ni Alhamdulillah, saya tak pernah lagi lah mengalami kemurungan sebab putus cinta.” Sambil buat penumbuk kearah Firdaus. Satu kelas ketawa. Gelagat Haida betul-betul mencuit hati.
  “Doktor, macam mana nak elakkan masalah kemurungan ni?” soal Khairul pula. Yeah Haida, masa ni lah kau boleh luah perasaan. “Okey, yang pertama, dalam setiap hal pun kita kena berbalik kepada agama. Ingat Allah. Allah itu sentiasa ada untuk kita dan janganlah kita menyakiti hati orang lain ye semua. Jaga hati orang lain kalau nak orang lain jaga hati kita balik. Sebab sakit hati lah berlakunya kemurungan bukan?, jadi kepada sesiapa yang bakal mengalami masalah kemurungan, sila-silalah bertaubat!,jangan suka nak sakitkan hati orang lain je okey. Sekian terima kasih.”. Haida berlalu ke meja. “Okey, setakat ni, lisan yang paling best saya rasa, lisan Haida. Saya tengok masing-masing tumpukan perhatian spenuhnya pada Haida tadi. Tahniah Haida. Kembang Haida sebentar.

                                       *                  *                 *                *

   “Natrah, aku janji dekat kau yang aku akan cari Haida balik bila besar nanti. Aku janji dalam kad undangan kahwin aku nanti, ada nama aku dengan Haida. Aku janji kawan.”

   “Cik Haida, ada orang nak jumpa cik,” suara Anis, kedengar di interkom. Haida kini merupakan pengarah syarikat di syarikat miliknya sendiri. Haida Holding Sdn. Bhd. “Siapa? Dia ada buat appointment ke?” soal Haida. “ Tak ada lah Cik Haida, tapi dia kata dia kawan lama Cik Haida.” “Hm, kalau macam tu suruh dia masuk,” arah Haida. “Baiklah Cik”.
   Pintu bilik diketuk. “Masuk,” arah Haida. “Assalamualaikum sayang,” Haida kenal benar dengan suara lelaki itu. Dia seakan-akan tidak mampu memandang. Tidak kuat untuk dia mengiyakan apa yang terlintas dibenak fikirannya. “Sayang,?”
    “Ah, kenapa dia harus muncul lagi dalam hidup aku? Sudah-sudah lah. Aku tak mahu sakit lagi,” hanya mampu berkata di dalam hati. Haida mendongak kepalanya sikit demi sedikit. “Awak siapa? Nak apa?” soal Haida seolah-olah tidak kenal akan Muazzin. “Haida, awak tak kenal say dah ke?” tanya Muazzin sedikit kecewa. “Tak, aku tak kenal kau. Kalau tak ada apa-apa hal boleh pergi.” Kasar Haida membalas.
   Kring, kring. Bunyi telefon mematikan angan-angan Haida. “Ada apa ibu? What? Merisik ? hm, ibu suka ke?adik ikut ibu je. Kalau dia pilihan ibu, adik terima je bu.okey, wasalam. Okey, aku sekarang tunang orang. Settle problem.” Haida sudah tidak kisah siapa sahaja pilihan keluarganya. Dia sudah serik untuk bercinta. Cukuplah sakit yang lama.
   Dalam sedar tak sedar, majlis perkahwinan Haida bakal tiba. Cuak dalam hati semakin memuncak. Jujur dia tidak pernah tahu siapa bakal suaminya itu. Cuma dia berharap, bakal suaminya itu nanti menerima dia seadanya.
   Dalam waktu yang sama, dia juga sebenarnya pelik dengan kehilangan Muazzin. Sejak dia menghalau Muazzin di pejabat tempoh hari, dia sudah tidak nampak lagi kelibat Muazzin. Sesungguhnya dia terlalu rindukan lelaki itu sebenarnya. Haida menahan air mata. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Makin lama memikirkan Muazzin, makin menebal rasa rindunya terhadap lelaki yang pernah dipujanya suatu ketika dahulu.
    Baru Haida sedar yang dia salah langkah. Dia sayangkan Muazzin tapi dia lebih sayangkan keluarganya. Cerita cinta lama harus dilupakan. Muazzin kini hanyalah sejarah. Kenangan . Sebentar lagi dia akan diijabkabulkan dengan lelaki pilihan keluarga.
  

     “Aku terima nikahnya Haida Najiha binti Azman dengan mas kahwin sebanyak sepuluh ribu ringgit tunai.” Dengan hanya sekali lafaz. Haida kini sudah pun bergelar isteri. Titisan air mata mula membasahi pipi. Majlis membatalkan air sembahyang akan dimula sebentar sahaja lagi. Haida tidak sanggup untuk melihat wajah suaminya. Dia takut . Takut dirinya terbayang akan Muazzin.
   Jari manisnya disentuh. Terketar-ketar tangan Haida tatkala dipakaikan gelang emas. Kepalanya didongakkan oleh suaminya. Alangkah terkejutnya Haida apabila Muazzin berada betul-betul depan matanya. Sangkanya itu hanyalah bayangan. Namun itulah realiti. Muazzin adalah suaminya yang sah. Terus tubuh sasa suaminya itu dipeluk erat.
     “Sayang, terima kasih sudi terima abang walaupun terpaksa,” usik Muazzin. Haida tercengang. “Macam kenal je ayat abang tu, nakal !” muncung Haida kononnya merajuk. “Kan abang pernah janji dulu, kalau pun abang cari awek lain, tapi kalau bini, abang cari sayang seorang je” ucap Muazzin penuh romantik. “ Ye abang, terima kasih ingat janji.”
    Ya Allah, aku tahu yang Engkau Maha Mengetahui. Terima kasih atas kebahagiaan yang Engkau kurniakan ini.Terima kasih Ya Allah.


                               Bersabarlah diatas ujian Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

4 comments:

  1. semacam kenal aja citer ni walupon x sampai ending.. can i be natrah?? hew hew

    ReplyDelete
  2. HAHA.,semacam je, dua tiga macam lah.,haha.,sure u can :)

    ReplyDelete