“Siapa
nama kau eh budak baru?” soal Haida kepada pelajar lelaki yang baru
bertukar sekolah itu. Sambil
menggeleng kepala, Muazzin berlalu tanpa menjawab soalan Haida. Tercengang
Haida diperlakukan sedemikian.
“Ewah, aku tanya
nama je pun, ada ke patut dia buat bodoh ! bengang betul lah aku” ngomel Haida
seperti orang hilang akal sahaja gayanya. Haida merupakan pelajar tingkatan
empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata.
Keputusan Penilaian Menengah Rendah Haida
hanya mampu melayakkan Haida untuk masuk ke kelas Reka Binaan sahaja. Namun
Haida tidak kisah, kerana jurusan itulah yang diminatinya. Baginya tidak
kisahlah samada seseorang itu duduk di kelas pandai atau bodoh, kerana dimana
ada kemahuan, disitu ada kejayaan.
“Hai budak
baru”, tegur Haida sekali lagi kepada Muazzin, namun sapaan Haida tidak
langsung dibalas, jangan kata mahu menjawab ‘hai’ Haida, malah pandang pun tak
!.sabar ajelah Haida oii.
“Haida ! Cikgu
hensem panggil kau. Dia tunggu kau dekat pejabat penyelian asrama”, teriak
Natrah, sahabat karib Haida. “hish, ape benda lah cikgu hensem ni nak?, aku nak
rehat pun kacau lah !”, rungut Haida. Cikgu hensem gelaran untuk ketua warden
asrama. Beliau merupakan seorang guru yang agak garang. Tetapi disebabkan
hensem, seluruh budak asrama menggelarnya dengan panggilan ‘hensem’.
“Assalamualaikum Cikgu hen, eh,
err Cikgu Fauzi” , Haida sempat cover line. Takut-takut kantoi nama
panggilannya ke Cikgu Fauzi. Nanti kembang pulak orang tua ni karang. “Ni surat asrama, kamu boleh masuk asrama lusa
okey,” terang ketua warden itu kepada Haida. Haida hanya mengangguk tanda
faham.
“Aih asrama,
aku dah jemu sebenarnya dengan kau,” ngomel Haida perlahan. Takut didengar
Cikgu Fauzi. “Okey Cikgu, terima kasih, saya gerak dulu ye,” Haida meminta izin
keluar sambil kenyit mata sebelah dekat Cikgu Fauzi. Tercengang cikgu dengan
gelagatnya, tapi apa nak diherankan. Satu sekolah faham benar dengan sikap
‘slumber’ si Haida ni.
Pintu dikuak “Eh
kejap Haida, tolong panggilkan saya Muazzin, pelajar yang baru masuk tadi, arah
warden. Tak sempat Haida nak buka mulut, pintu pejabat dah pun ditutup. “Eii !,
kenape aku? Kenape ?,” rungut Haida. Nak tak nak Haida terpaksa lah mencari
pelajar baru itu dan mengarahkan dia ke pejabat asrama.
* * * *
“Okey,
pelajar-pelajar Reka Binaan, kita ada terima seorang lagi pelajar baru ye,
mintak semua pelajar beri kerjasama dan perhatian,” lantang suara Cikgu Ayu,
guru kelas Haida. Haida yang kusyuk menyiapkan nota sejarahnya terhenti apabila
pelajar baru itu memperkenalkan dirinya sebagai Muazzin ! “ahh!, frustnye aku
duduk dekat kelas ni oii !, jerit Haida”. “Kamu tak sihat ke Haida,?” tanya
Cikgu Ayu. Haida menggeleng sambil tersenyum paksa.
“Hai Natrah,
jom lah naik dorm, aku ada makanan ni, lambat rugi.” pelawa Haida . “Alaa baby,
nanti lah. I tengah sembang dengan skandal I ni,” Natrah muncungkan mulut
kearah Muazzin. Tergumam Haida, tak perasan lah pulak dia yang Muazzin ada
dekat situ. Haida dengan perangai nakalnya terus buat flying kiss dekat
Natrah.
“Okey anje,
sayang naik dorm dulu ye, I’ii wait for you.,muah !,” balas Haida. Tersembur
tawa Muazzin tatkala Haida sudah lagi tidak kelihatan. “Comel jugak Haida tu
ye,” berkata Muazzin sendiri, tapi didengari Natrah. “Ohoii, kau suke Haida
ea?” usik Natrah.
Setelah puas
bersembang, Natrah naik ke dorm. Dilihatnya Haida sedang tidur. “Alahai, tunggu
aku sampai tertidur, kesiannye,”. Lalu Natrah mengambil tempat di sebelah
Haida. Akhirnya dua-dua tertidur.
Pengumuman kepada Haida Najiha Binti Azman,
ada orang ingin berjumpa dengan anda. Sila hadir ke pejabat asrama sekarang.
Pengumuman sebentar tadi betul-betul membuatkan Haida hilang mood. Bukan apa,
cuma dia terkejut. Almaklumlah, baru bangun tidur. Siapa juga yang suka
diganggu bukan.
“Ish, kenape lah
kena jumpa dekat pejabat asrama pulak ni?, taka de tempat lain dah ke?” rungut
Haida kerana pejabat itu letaknya betul-betul dekat tempat aspura melepak.
Haida bukan suka nak tayang muka dekat pelajar aspura. Kalau boleh dia tak nak
aspura tahu yang dia wujud di asrama.
Dalam perjalanan
Haida ke pejabat, banyak mata yang memerhatikan dia. Haida ni tak lah lawa
pun. Tapi comel tu memang terserlah.
Lelaki mana yang tak suka perempuan comel. Dia buat lah mimik muka macam mana
pun, memang comel !
Sampai sahaja
Haida ke pejabat, terus kepalanya ditolak abangnya, Hadi. “Ei angah ni!, suka
hati je tolak kepala orang. Tendang karang baru tahu.” Kata Haida sambil
menepis tangan abangnya. “Alaa, tu namanya tolak manja lah adik,” jawab si
abang. Tersenyum sokmo Haida melihat ibu dan ayahnya sedang duduk di kerusi sebelah pejabat. Terus
Haida meluru ke arah mereka dan bersalaman.
“Woi Muazzin,
ayah aku suruh sampaikan salam dia kat ayah kau. Cakap kat ayah kau, Cikgu
Azman takraw kirim salam,” Haida menyampaikan apa yang disuruh ayahnya.
Rupa-rupanya Muazzin ni anak kawan ayahnya. Baru Haida tahu. Makin benci, makin berkait rapat rupanya.
Haih, apa nak dikata. Redha Haida .
Belum sempat
Muazzin nak jawab, Haida dah hilang. Tak nampak batang hidung langsung.
“Budak ni lipas ke ape?” geleng Muazzin.
* * * *
“Hahah !, dah ada boyfriend rupanya budak
tu. Aku ingatkan tak ada tadi. Muka macam tak layan lelaki je aku tengok.”
Gelak Muazzin mendengar cerita kawan-kawan Haida. Tapi dalam hati, betapa
kecewanya dia mendapat tahu yang Haida sudah ada yang punya. Dalam diam
sebenarnya Muazzin menyimpan perasaan pada Haida.
Tidak sanggup lagi telinga Muazzin mendengar
cerita mengenai Haida. Berbahang rasanya. Terus dia meminta izin untuk pergi. Natrah seolah-olah dapat membaca hati
Muazzin kerana dia dapat melihat wajah tegang Muazzin semasa dia bercerita
perihal Haida tadi.
* * * *
Haida
pelik melihat perubahan sikap Muazzin. Muazzin sudah tidak mahu bercakap
dengannya, pandang pun tidak. Bukannya Haida mengharapkan yang Muazzin akan
bercakap dengan dia, tapi dia sudah terbiasa dengan usikkan Muazzin.
Mula-mula memanglah dia agak rimas, tapi
lama-lama dia sendiri yang tertunggu-tunggu usikan daripada lelaki itu. Salah
Muazzin juga, siapa suruh hari-hari usik Haida. Hati perempuan kan mudah
terusik. Begitu juga Haida. Mungkinkah Haida sebenarnya menyimpan perasaan juga
terhadap Muazzin?. Entahlah, dia juga keliru.
“Muazzin !,Haida nak pindah sekolah !” Natrah
separuh menjerit. “Hah?pindah? kenapa? bila? Dia okey ke?” soalan bertubi-tubi
dari Muazzin. Dia agak terkejut. Yelah, hujan tak ada, rebut pun tak ada,
tiba-tiba mahu pindah. “Woii, agak lah pun nak tanya soalan banyak cenggitu,
bagi aku jawab satu-satu boleh? Baru tanya yang lain.” Terkejut Natrah diajukan
soalan seakan-akan pistol dilepaskan peluru.
Belum sempat Natrah memberi respon,
kelibat Muazzin hilang terus dari pandangan matanya. “Eh, aku ni betul ke cakap
dengan Muazzin tadi eh?” tanya Natrah kepada dirinya sendiri. Mana tak nya.
Terkejut lah kawan tu. Tiba-tiba sahaja hilang.
Tadi beria-ia sangat soal macam-macam.
Muazzin, Muazzin. Geleng Natrah. Sebenarnya dia tipu Muazzin . Niatnya saja nak
bergurau. Tak sangka ceritanya itu buat Muazzin tak senang duduk. Akhirnya tersembur juga tawa Natrah yang
ditahan sejak dari tadi lagi.
‘Haida, awak jangan lah pindah. Saya tak nak
hilang awak. Please. Saya merayu sangat. Saya sukakan awak Haida !’.Ah, surat
yang baru diterima itu benar-benar menyentak hatinya. Haida tersenyum sendiri.
Muazzin suka aku?.
Ish, macam tak percaya lah. ‘Eh, tapi
kan, betul ke surat ni untuk aku ek? Kalau betul bila masa pulak aku nak pindah
ni? Ish, hairan bin conpius nih.’ gumam Haida .
“ Hahahahah, bodoh lah kau ni Nat !,yang kau
tipu Muazzin ni apesal?, kan dia dah luah
perasaan kat aku ni. Malu lah. Adoii kau ni.” Serentak ketawa dua
sahabat baik itu memecah kesunyian prep.
“Oi oi, senyap sikit, orang lain nak buat
kerja ni,” tegur Sarah. Haida ketua prep, tapi dia pulak yang buat bising.
Ketua tak bertauliah langsung. “Haha, mintak ampun zahir dan batin ye semua.
Aku terkejut dapat surat dari budak
jambu. Tu yang menjerit tu.” Laung Haida. Satu prep dengar.
Sebenarnya Muazzin ni ramai peminat. Boleh
dikatakan, dialah yang paling hensem yang pernah wujud dekat asrama. Mahu tak
terkejut semua yang Haida dapat surat Muazzin. Masing-masing lari ke arah Haida.
Seperti artis masuk asrama sahaja gelagat mereka. Terkekek Haida ketawa.
Tingkatan empat memang terkenal dengan
semangat setia kawan mereka. Ada 53 orang semuanya. Namun tidak ada seorang pun
yang bermusuh dengan yang lain. Mereka sangat akrab. Jadi tak hairanlah
masing-masing tahu rahsia masing-masing. Sehinggakan apabila ada masalah samada
perjumpaan ataupun sportchek, mereka akan ‘backup’ sesama mereka.
* * * *
Muazzin, aku
tak dapat nak terima kau. Aku dah ada Syafiq lah. Tolong lah. Aku nak jadi yang setia. Takkan lah disebabkan kitorang
bukan satu sekolah aku boleh mainkan perasaan dia. Aku mohon kau tolong faham
keadaan aku okey. Ape pun kite tetap kawan. Maksud aku sahabat. Aku sayangkan
persahabatan kite ni, aku tak nak kite bermusuh.J
Surat dari
Haida membuatkan jantung Muazzin seolah-olah hendak luruh. Dia terlalu
sayangkan Haida. Tak pernah menurutnya ada perempuan yang dia sayang seperti
mana dia sayangkan Haida. Tapi dia sedar, dia harus berpijak realiti. Lantas
dilipatnya surat itu lalu disimpan rapi di dalam dompet.
Merah mata
Haida menahan perasaannya apabila dia dituduh oleh Syafiq yang dia curang
dengan Muazzin. Tak pernah terlintas niat Haida untuk curang. Haida cuba untuk
bersabar. Namun dia tidak mampu kerana bukan itu sahaja yang dituduh oleh
Syafiq. Macam-macam lagi. Memanglah mereka tidak pernah berjumpa. Sekadar kenal
di dalam telefon. Tapi tak bermakna Syafiq boleh menuduhnya macam-macam tanpa
usul periksa.
Bukankah
kepercayaan itu penting dalam setiap hubungan?. Akhirnya Haida mengambil
keputusan untuk putus. Daripada dia terpaksa menahan sakit hati yang
membuak-buak. Lebih baik dia lepaskan sahaja Syafiq. Syafiq puas hati, dia juga
puas hati. Senang.
*
*
*
*
Sudah hampir
tiga bulan Haida memegang title ‘solo’. Tiga bulan jugalah sabarnya
Muazzin menunggu Haida dalam diam. Namun
Haida tidak memberitahu kepada sesiapa pun yang dia sudah lama putus dengan
Syafiq. Natrah juga tidak diberitahunya. Haida mengarapkan Muazzin akan
melayannya seperti dahulu. Dia teringin benar rapat dengan Muazzin kembali.
Tapi dia takut Muazzin sudah jemu dengannya. Yelah, dia kan pernah menolak
Muazzin.
“Haida!, saya
suka awak!, tolong terima saya seadanya. Saya janji saya akan buat awak bahagia
sayang !” teriak Muazzin kepada Haida di trak. Satu stadium memandang Haida.
Malu Haida diperlakukan seperti artis. Merah padam sahaja mukanya. “Adoii
Muazzin ni, dah lah ayah pun ada dekat stadium ni, ape pulak ayah cakap nanti,
hish, bikin malu aje lah mamat ni. Heheh, tapi jiwang jugak, oh sweetnyee,”
sengeh Haida macam kerang busuk.
Dalam masa
setahun, terlalu banyak kenangan yang tercipta antara Haida dan Muazzin.
Terlalu banyak dan sukar untuk dilupakan. Setiap penjuru sekolah, ada sahaja
kisah antara mereka. Bukan sahaja itu, malah, Haida juga sudah terlalu rapat
dengan keluarga Muazzin. Begitu juga Muazzin. Hubungan yang dibina, mereka mahu
teruskan sampai diijabkabul. Bahkan sampai hujung nyawa. Mereka berjanji untuk
setia. Jujur diantara satu sama lain. Muazzin selesa bersama Haida kerana Haida
merupakan seorang yang sangat memahami dan bertolak ansur. Walaupun mereka baru
sahaja kenal. Tapi lagak mereka seolah-olah sudah kenal sejak kecil lagi.
* * * *
Sudah puas warden menegur Muazzin dan Haida. Bukan
mereka tidak mahu dengar teguran untuk tidak rapat. Masalahnya mereka duduk
sekelas. Memang tak sah la kalau tak berjumpa. Takkan lah cikgu tak faham kot.
Hish. Masalah betul lah. Bukan mereka sahaja yang berpasangan dekat sekolah.
Ramai lagi, tapi nama mereka je yang asyik naik, maklumlah. Kedua-duanya anak
cikgu. Ramai yang kenal.
Naik tingkatan
lima pun nama mereka je yang asyik disebut. Agaknya lah kan, waktu perjumpaan
je mesti Haida dengan Muazzin dah get ready nak naik pentas. Sebab kebiasaannya
macam tu lah. Pelajar asrama yang lain pun dah biasa sangat dah. Sampaikan,
kalau cikgu tak sebut nama mereka berdua semasa perjumpaan, agak ganjil lah tu.
Haida
sebenarnya tertekan. Cikgu selalu sangat tengking dia didepan semua orang.
Ye,mungkin yang lain dah menganggap itu perkara biasa. Tapi tidak bagi Haida.
Bukannya dia dengan Muazzin macam dulu lagi. Mereka mana rapat dah. Tapi cikgu
tetap je nak bangkitkan isu yang dah lama. Yang paling Haida bengang. Kenapa
nama dia aje yang selalu disebut? Tidak pernah pulak cikgu menyebut nama
Muazzin.
Malahan bukan
warden sahaja, habis satu bilik guru mengata Haida. Pernah sekali dia lalu
ditepi bilik guru. Dia terkejut apabila terdengar namanya disebut-sebut. Itu
dia tidak ambil peduli sangat, yang paling Haida berapi apabila ada cikgu
perempuan menggelarnya betina!.Dia tidak faham. Besar sangat ke salah dia
sampai cikgu-cikgu menggelarnya betina? Layakkah seorang cikgu yang sepatutnya
mendidik pelajar menggelar anak didiknya dengan nama sedemikian? Mana letakknya
kemulian seorang guru?
“Cikgu ni
memang cari pasal dengan aku lah!”, bentak Haida. Natrah segera menyuruh Haida
istighfar sebaik sahaja melihat Haida seperti orang yang tidak waras
perilakunya. Tanpa sedar air mata Haida mengalir. “Sabar Haida, kau kuat.
Lagipun semua orang dah faham sangat perangai cikgu tu. Sabar okey.” Natrah
menenangkan Haida. Dia tahu sahabatnya itu tidak akan sesekali tunduk dengan
masalah yang dihadapinya. Nampak sangatlah yang Haida sudah tidak dapat menahan
perasaannya kali ini.
“Aku nak keluar asrama la Nat,” Haida
menyampaikan hasratnya untuk keluar asrama kepada Natrah. “Ko dah tak sayang
aku ke? Nanti aku nak kawan dengan siapa? Siapa nak gelak-gelak dengan aku dah?
Siapa nak habiskan stok makanan aku nanti?” balas Natrah sambil buat muka sedih
mematikan hasrat Haida. “Bangang!” seraya meletus ketawa mereka berdua.
Bukan hanya masalah itu sahaja yang terpaksa
dilalui Haida, malah Muazzin juga memberikan masalah kepadanya. Muazzin
curang!. Benar-benar dia tidak sangka yang Muazzin akan curang. Patutlah
perangai dia sudah berubah. Rupa-rupanya. Hmm. Haida tarik nafas dalam-dalam.
Cuba untuk bertahan dan terus bertahan. Haida cuba untuk tersenyum. Dia tahu
dia mampu.
* * * *
“Kakak ni Haida
ye?” tanya seorang perempuan kepada Haida. “ha’ah,akak Haida, kamu siapa?mana
tahu nama kakak?” soal Haida ingin tahu. “Oh, saya Soleha, awek abang Muazzin,”
terang perempuan bertubuh agak tinggi itu. Tersentap Haida. Namun dia berlagak
seperti tiada apa-apa. Haida tidak menjawab gadis itu. Dia hanya tersenyum
membalas kata. “Hm, boleh tak saya nak bersembang sikit dengan akak?” pinta
Soleha. Haida hanya mengangguk menahan amarah. “Kakak nak tahu tak? Sebenarnya
abang kapel dengan akak sebab terpaksa je, dia sendiri bagi tahu saya. Dia
cakap dia sayang sangat dekat saya. Dia tak happy pun dengan akak. Jadi saya
harap akak boleh lepaskan dia okey. Jangan paksa dia lagi kak,”pinta Soleha.
“Oh yeke?hm okey lah dik, akak ada hal sikit. Jaga abang Muazz baik-baik ye.
Akak doakan korang dua happy. Amin.” Ucap Haida tersekat-sekat.
“Awak , tadi
Soleha ada jumpa saya. Dia cakap awak terpaksa je dengan saya. Awak tak happy.
Awak tak pernah pun sayang saya. Kalau betul apa yang Soleha cakap tu, saya nak
mintak maaf. Saya tak mampu nak happykan awak. Saya selalu buat awak bosan , rimas. Terima kasih sudi terima saya
walaupun terpaksa. Harap awak bahagia dengan Soleha ye. Assalamualaikum.”
Muazzin menahan air mata saat membaca surat yang baru sahaja dia terima itu.
Perasaan serba salah menebal. Lebih-lebih lagi apabila dia teringat cerita
Natrah tentang Haida. Sudahlah dihina guru-guru, dia pula buat Haida kecewa. Haida
pula baru kehilangan abangnya. Ya Allah, macam-macam dugaan yang Haida terima.
Muazzin merasa berdosa.
* * * *
“Natrah, aku nak
jumpa Haida.” pinta Muazzin. “Haida taknak pun jumpa kau dah. Cukup lah dia
terluka weh, kau jangan nak buat dia sedih lagi. Aku tak sanggup nak tengok air
mata dia jatuh dah.” Balas Natrah.
“Baiklah, hari
ni giliran Haida untuk lisan. Haida, silakan.”jemput Cikgu Aza, guru bahasa
kelas.
“Assalamualaikum,
saya Haida ingin membentangkan tentang punca-punca kemurungan. Sebenarnya
masalah kemurungan ini berpunca daripada perasaan. Perasaan yang kacau-bilau
akan menyebabkan masalah ini terjadi. Kepada pekerja-pekerja tidak kiralah
sektor apa sekalipun, jika mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dalam tempoh yang ditetapkan, mereka mungkin sekali akan dimarahi majikan. Bagi
pelajar-pelajar pula, mereka mungkin tertekan dengan kehadiran kerja sekolah
yang diberi guru-guru. Mereka bukan hanya belajar dua atau tiga matapelajaran
setiap hari, malahan mencecah sepuluh bilangan matapelajaran. Guru-guru pula
terlalu menakan pelajar-pelajar. Tidak
pernah bersikap rasional. Pelajar akan mempelajari lebih kurang sepuluh
matapelajaran sementara guru-guru hanya perlu mengajar dua atau tiga jenis matapelajaran sahaja.”
Puas hati Haida.
“Kamu ni bagi
penjelasan ke tunjuk perasaan ni?” soal Cikgu Aza sambil ketawa. “Hah, ada
sesiapa nak tanya soalan?” Firdaus mengangkat tangan ingin mengajukan soalan.
“Silakan wahai Firdaus ku sayang,” perkataan sayang saja ditekan Haida bagi
Muazzin dengar. Balas dendam lah tu kononnya. “Okey, Doktor pernah alami
masalah kemurungan sebab putus cinta tak?” soal Firdaus mengusik. “Oh, setakat
ni Alhamdulillah, saya tak pernah lagi lah mengalami kemurungan sebab putus
cinta.” Sambil buat penumbuk kearah Firdaus. Satu kelas ketawa. Gelagat Haida
betul-betul mencuit hati.
“Doktor, macam
mana nak elakkan masalah kemurungan ni?” soal Khairul pula. Yeah Haida, masa ni
lah kau boleh luah perasaan. “Okey, yang pertama, dalam setiap hal pun kita
kena berbalik kepada agama. Ingat Allah. Allah itu sentiasa ada untuk kita dan
janganlah kita menyakiti hati orang lain ye semua. Jaga hati orang lain kalau
nak orang lain jaga hati kita balik. Sebab sakit hati lah berlakunya kemurungan
bukan?, jadi kepada sesiapa yang bakal mengalami masalah kemurungan,
sila-silalah bertaubat!,jangan suka nak sakitkan hati orang lain je okey. Sekian
terima kasih.”. Haida berlalu ke meja. “Okey, setakat ni, lisan yang paling
best saya rasa, lisan Haida. Saya tengok masing-masing tumpukan perhatian
spenuhnya pada Haida tadi. Tahniah Haida. Kembang Haida sebentar.
* * * *
“Natrah, aku
janji dekat kau yang aku akan cari Haida balik bila besar nanti. Aku janji
dalam kad undangan kahwin aku nanti, ada nama aku dengan Haida. Aku janji
kawan.”
“Cik Haida, ada
orang nak jumpa cik,” suara Anis, kedengar di interkom. Haida kini merupakan
pengarah syarikat di syarikat miliknya sendiri. Haida Holding Sdn. Bhd. “Siapa?
Dia ada buat appointment ke?” soal Haida. “ Tak ada lah Cik Haida, tapi dia
kata dia kawan lama Cik Haida.” “Hm, kalau macam tu suruh dia masuk,” arah
Haida. “Baiklah Cik”.
Pintu bilik
diketuk. “Masuk,” arah Haida. “Assalamualaikum sayang,” Haida kenal benar
dengan suara lelaki itu. Dia seakan-akan tidak mampu memandang. Tidak kuat
untuk dia mengiyakan apa yang terlintas dibenak fikirannya. “Sayang,?”
“Ah, kenapa
dia harus muncul lagi dalam hidup aku? Sudah-sudah lah. Aku tak mahu sakit
lagi,” hanya mampu berkata di dalam hati. Haida mendongak kepalanya sikit demi
sedikit. “Awak siapa? Nak apa?” soal Haida seolah-olah tidak kenal akan
Muazzin. “Haida, awak tak kenal say dah ke?” tanya Muazzin sedikit kecewa.
“Tak, aku tak kenal kau. Kalau tak ada apa-apa hal boleh pergi.” Kasar Haida
membalas.
Kring, kring.
Bunyi telefon mematikan angan-angan Haida. “Ada apa ibu? What? Merisik ? hm,
ibu suka ke?adik ikut ibu je. Kalau dia pilihan ibu, adik terima je bu.okey,
wasalam. Okey, aku sekarang tunang orang. Settle problem.” Haida sudah tidak
kisah siapa sahaja pilihan keluarganya. Dia sudah serik untuk bercinta.
Cukuplah sakit yang lama.
Dalam sedar tak
sedar, majlis perkahwinan Haida bakal tiba. Cuak dalam hati semakin memuncak.
Jujur dia tidak pernah tahu siapa bakal suaminya itu. Cuma dia berharap, bakal
suaminya itu nanti menerima dia seadanya.
Dalam waktu
yang sama, dia juga sebenarnya pelik dengan kehilangan Muazzin. Sejak dia
menghalau Muazzin di pejabat tempoh hari, dia sudah tidak nampak lagi kelibat
Muazzin. Sesungguhnya dia terlalu rindukan lelaki itu sebenarnya. Haida menahan
air mata. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Makin lama memikirkan Muazzin,
makin menebal rasa rindunya terhadap lelaki yang pernah dipujanya suatu ketika
dahulu.
Baru Haida
sedar yang dia salah langkah. Dia sayangkan Muazzin tapi dia lebih sayangkan
keluarganya. Cerita cinta lama harus dilupakan. Muazzin kini hanyalah sejarah.
Kenangan . Sebentar lagi dia akan diijabkabulkan dengan lelaki pilihan
keluarga.
“Aku terima
nikahnya Haida Najiha binti Azman dengan mas kahwin sebanyak sepuluh ribu
ringgit tunai.” Dengan hanya sekali lafaz. Haida kini sudah pun bergelar
isteri. Titisan air mata mula membasahi pipi. Majlis membatalkan air sembahyang
akan dimula sebentar sahaja lagi. Haida tidak sanggup untuk melihat wajah
suaminya. Dia takut . Takut dirinya terbayang akan Muazzin.
Jari manisnya
disentuh. Terketar-ketar tangan Haida tatkala dipakaikan gelang emas. Kepalanya
didongakkan oleh suaminya. Alangkah terkejutnya Haida apabila Muazzin berada
betul-betul depan matanya. Sangkanya itu hanyalah bayangan. Namun itulah
realiti. Muazzin adalah suaminya yang sah. Terus tubuh sasa suaminya itu
dipeluk erat.
“Sayang,
terima kasih sudi terima abang walaupun terpaksa,” usik Muazzin. Haida
tercengang. “Macam kenal je ayat abang tu, nakal !” muncung Haida kononnya
merajuk. “Kan abang pernah janji dulu, kalau pun abang cari awek lain, tapi
kalau bini, abang cari sayang seorang je” ucap Muazzin penuh romantik. “ Ye
abang, terima kasih ingat janji.”
Ya Allah, aku
tahu yang Engkau Maha Mengetahui. Terima kasih atas kebahagiaan yang Engkau
kurniakan ini.Terima kasih Ya Allah.
Bersabarlah
diatas ujian Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.
semacam kenal aja citer ni walupon x sampai ending.. can i be natrah?? hew hew
ReplyDeleteHAHA.,semacam je, dua tiga macam lah.,haha.,sure u can :)
ReplyDeletebest nawal :)
ReplyDeletethanks eyka :)
Delete